PopNovel

Baca Buku di PopNovel

Engkau Tetap Satu

Engkau Tetap Satu

Penulis:Gadis Misteri

Berlangsung

Pengantar
Bunga Dhia, Seorang Gadis riang berusia 17 tahun. Dikenali sebagai killer devil the sharpshooter. Kemahiran tembakan tepat sasaran, menyebabkan dia di ingini oleh gangster-gangster kelas atas. Sejak lahir, dia dipisahkan dari kembarannya. Mikael RizQ, Jatuh cinta pandang pertama sejak terserempak dengan Bunga Dhia disalah satu pertemuan didalam Pangkalan Tentera. Mikael yang berstatus sebagai 'Leftenan Jeneral' didalam ketenteraan merasa kagum diatas Bunga Dhia yang Pendiam. Mampu meluluhkan hati Mikael yang telah mati terkubur kerana dikecewakan satu masa dulu. Megat Dhian Seorang Mahasiswa dalam bidang bisnes. Kembar seiras Bunga Dhia yang dipisahkan oleh ayahnya dan dijual kepada pasangan kaya yang tidak mempunyai anak. Kehidupan mewah berbanding Dhia. Pertama kali bertemu Dhia hingga menimbulkan satu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Mawar Layli dan Adam Zulkifli, adik beradik yang kematian Ibu dan Ayah dalam perjalanan balik dari bekerja. Diambil oleh Umie Dhia sebagai anak angkatnya. mawar yang seumur dengan Dhia, manakala Adam pula muda 3 tahun dari usia mereka. Mawar seorang gadis seksi berbanding Bunga seorang gadis yang bertudung. Adam pula terlalu sayangkan keduanya dan tak mahu jika salah satu dari kakaknya pergi jauh darinya. Tuan besar Gabriel, atok kepada Bunga Dhia. Tanpa pengetahuannya, dia mempunyai seorang cucu perempuan. Sebastian, Zyan, Robert, adalah Cucu lelaki yang dia punya sedangkan dia teringin untuk mempunyai seorang cucu perempuan. Victoria dan Calvin, adalah Kembar sepasang dan anak kepada Tuan besar Gabriel. Mendapat tahu bahawa Victoria anaknya telah memeluk Agama Islam dan meninggalkan agama asalnya demi seorang lelaki. Dia menghalau Victoria dari kehidupannya tanpa sebarang harta. Adam Zaril dan Adam Zafril menyimpan dendam keatas Kakak dan Abang tirinya kerana mendapat tahu Arwah Isteri pertama ayahnya meninggalkan sejumlah besar Aset keatas kakak dan Abang tirinya.
Buka▼
Bab

Namaku Bunga, Bunga Dhia binti Tarmizi. Aku dibesarkan oleh Umie. Umie adalah satu-satunya yang aku ada selain anak angkat Umie Mawar Layli dan Adam Zulkifli. Umie membesarkan aku seorang diri tanpa suami atau ayah padaku. Namun aku tetap bangga pada Umie. Umie adalah harta dunia dan akhiratku.

"Dhia?" Panggil Umie, bila melihat aku hanya senyap dan senyum termenung tepi tangga.

"Ye Umie?" Jawabku sambil terkikih kerana kelalaian ku.

"Kenapa tak gerak lagi? Nanti Coach Dhia bising lagi." Marah Umie.

"Kejap lah Umie. Malas nak datang awal." Kataku lagi.

"Hmm biar Dhia kena denda Coach nanti." Umie berkata lagi.

"Alaa Umie, kenapa Dhia mesti ikut latihan menembak ni Umie. Dhia tak suka lah." Kataku memprotes.

"Dhia, ada sebab kenapa Umie nak Dhia ikut latihan ni. Kalau boleh habis sekolah, Umie nak Dhia ikut kursus ketenteraan." Kata Umie dalam nada tegas.

"What Umie? But why Umie? Why Dhia Umie?" Kataku terkejut.

"Umie nak Dhia cari Abang."

"Tapi kenapa Umie? Kenapa Dhia yang mesti cari Abang?"

"Please Umie to trace where Abang is. Because one day when Dhia gets married, Abang will be Dhia's guardian." Kata Umie panjang lebar.

"Tapi Umie?" Aku masih ingin membantah.

"Dah Umie tak nak dengar. Dah pergi siap cepat." Umie meninggalkan aku dalam mood yang tak dapat aku katakan.

Aku menghidupkan Motor RXZ yang Umie hadiahkan sempena ulang tahun ku tahun lepas. Aku memakai helmet, dan duduk diatas motor. Aku memasukkan gear dan memulas, meninggalkan perkarangan rumah.

"Kenapa aku!" Geram ku lepaskan tanganku menghempas tangki minyak motorku.

"Aku benci Ayah! Sampai mati aku benci Ayah!" Teriakku.

Aku berhenti dilampu isyarat. Dengan muka masam mencuka, aku menunggu lampu bertukar warna. Beberapa buah motor berhenti dikiri dan kananku.

"Hai Cik adik? Sorang je?" Kata salah satu pemuda yang menunggang motor jenis TZM.

Aku hanya diam dan membiarkan pertanyaannya tadi dibawa angin pergi.

"Amboii sombongnya." Kata salah seorang kawannya.

"Aku takde mood nak layan korang!" Balasku dalam nada kasar.

Lampu bertukar warna menandakan jalan. Aku meninggalkan kelompok samseng tadi, melaju meninggalkan mereka mengejar ku dibelakang. Sampai disatu kawasan yang berpagar setinggi langit didepanku, aku membunyikan hon motor, pagar dibuka dan pegawai yang menjaga pintu masuk menyapa ku.

"Lewat hari ni bunga?" Kata Akim pegawai tentera yang bertugas.

"Hmm, Malas nak menghadap muka Singa Betina tu?" Kataku sambil memakirkan motor disisi pos kawalan.

"Ermm harini Umie kau tak bagitahu ke?"

"Bagitahu apa?" Kataku hairan.

"Erm mesti Puan V lupa. sebab hari ni Leftenan Jeneral turun padang untuk melatih awak?"

"Apa!!?" Kataku terperanjat.

"Habislah kau." Kata Akim sambil menggerakkan jari telunjuknya kemuka ku.

Aku berlari menuju padang menembak. Aku melihat sosok tinggi tegap membelakangiku. Aku mendekat. Jantungku berdegup kencang kerana larianku.

Aku berhenti tepat dibelakangnya. Aku termengah-mengah menarik dan menghembus nafasku.

"Maaf aku lambat." Kataku.

"Kau tahu, jika kau lambat apa yang harus kau buat." Katanya masih membelakangiku.

Aku menegakkan badanku. Emosiku menjadi. Dalam fikiranku kenapa lelaki dihadapanku ni? Mencari masalah ke?

"Kau tahu aku terpaksa membahagikan masaku, untuk kesini, sedangkan hari ni hari bersekolah!" Moodku kembali panas.

Lelaki dihadapanku bergerak menoleh kebelakang melihat aku dari jarak setengah meter.

"Kalau kau tak nak latihan ni kenapa kau ikut dan masuk kedalam sini!" Jeritnya.

Aku tertegun. Lalu bibirku membentuk senyuman senget.

"Kau ingat aku nak sangat ikut latihan ni! Kalau tak kerana Umie aku pun tak hingin ikut latihan ni!"

"Ooo jadi kau lah anak kepada Puan V?" Katanya.

"Kenapa?" Kataku.

"Turun seratus kali!' katanya tegas.

Aku menurut perintahnya. Aku membuat tekan tubi sebanyak seratus kali. Kalau tak kerana Umie aku akan lawan semula.

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Sesi latihan ku selesai. Dalam kata lain bukan latihan namun aku seperti dibuli oleh Leftenan Jeneral.

Dalam usiaku 17 tahun, tahun ni juga aku akan menduduki peperiksaan besar. Namun Aku yerpaksa berbahagi masa untuk kesekolah, latihan setiap petang dan ulangkaji sebelah malam.

Namun aku tak kisah dari aku membuang-buang waktuku tanpa perkara yang tidak berfaedah.

Aku lelah, berjalan perlahan menuju motor. Aku menghidupkan motorku.

"Macam mana latihan?" Tanya Akim.

"Tu namanya bukan latihan, tapi tu namanya pembulian." Kataku.

"Laa kesiannya kau, kena buli." Sambil ketawa geli hati.

"Malas aku. Dah aku bla dulu." Kataku meninggalkan Akim.

Aku melaju dijalan raya, namun, aku membelokkan motorku ke arah bertentangan dari arah jalan pulang kerumah. Aku ingin mencari ketenangan sebelum aku pulang. Aku menuju ke pantai Damai.

Sampai dipantai Damai, aku memakirkan RXZ ku di tepi pondok yang berada ditepi pantai.

Aku membuka kasut yang tersarung dikakiku. Meninggalkan disisi motor. Dan aku berjalan menyusuri air pantai yang menghempas di pasiran.

"Mampukah aku membahagiakan Umie, walau aku tak bahagia dengan semua ni?" Batinku merintih.

Aku berhenti dan menghadap ke laut melihat matahari yang akan menenggalamkan cahayanya.

"Aku tahu aku mampu. Biarlah aku mengalah. Asalkan Umie bahagia." Batinku.

"Kau buat apa disini?" Suara seseorang yang membuat aku kesal tadi kembali menerpa di gegendang telingaku. Aku menoleh.

"Ni tempat awam, suka hati akulah nak kesini, takde kena mengena dengan awak." Balasku sinis.

"Amboi marah masih ke?" Katanya lagi.

"Please, I don't want to quarrel. I'm tired. In the morning the school listened to the teacher talk, in the afternoon the shooting practice session, got bullied. I'll come back later, I don't know anymore with Minah senget kay that house, Umie again. stress you know. Kata ku panjang lebar.

"Sorry sangat-sangat. Takde niat nak buli awak tadi. Tapi kaubharus faham. Disiplin dalam tentera memang macam tu. Katanya lagi.

"Dah aku nak balik. Hilang mood aku." Aku meninggalkannya berlalu ke arah motorku.

Aku meneruskan perjalanan menuju pulang kerumah. Tiba-tiba motor yang ku tunggang hilang kawalan. nasib baik aku pandai mengimbangi dan berhenti ditepi lebuh raya. Aku melihat tayar belakang bocor.

"Shitt!! Malang sangat nasib aku hari ni!!" Teriakku.

Aku mengeluarkan telefon dari dalam beg sandangku. .

"Aduuuuhh kong pulak phone ni? Masa macam ni kau nak low batt pulak." Aku mendengus kasar. Memasukkan semula phone kedalam beg. Perlahan aku menolak motor menuju bengkel.

Sebuah kereta Honda Accord berhenti dihadapan ku.

"Apa hal pulak kereta ni?" Aku melihat seorang lelaki keluar dari dalam kereta.

"Kau lagi?" Kataku.

"Sepertinya harini kita berjodoh." Kata lelaki itu.

"Takde makna." Balasku.

Dia tak mengendahkan jawapanku. Lalu berjongkok melihat tayar belakang motor ku.

"Besar bocor tayar awak ni?" Katanya.

"Hmm." Balasku dengan nada datar.

"Dah awak tinggal je motor kat sini. Saya hantar awak pulang." Katanya.

"Takpelah saya bukan jenis suka tinggalkan barang kat tepi jalan ni. Saya tolak je. Mana tahu ada bengkel kat depan." Jawabku dengan suara rendah.

"Takpe awak rehat kejap."

Aku melihat dia berlalu kekereta bahagian penumpang dan membawa sebotol mineral.

"Nah." Sambil menghulurkan botol mineral kepadaku.

"Thanks." Kataku lalu mengambil botol mineral dari tangannya.

Aku melihat dia mwndail nombor seseorang. Selepas panggilan dijawab, aku melihat dia seperti meminta pertolongan dengan orang didalam panggilan.

Selepas menamatkan panggilan, dia menghampiriku.

"Tunggu sekejap, Jeff akan datang kesini dengan beberapa pegawai untuk membawa motor awak pulang."

"Maaf menyusahkan awak." Aku menundukkan mukaku menyembunyikan merah dipipiku kerana berkelakuan tidak sopan dihadapan Coach ku tadi.

"Takde hal." Balasnya.

Keadaan sunyi tanpa suara. Hanya terdengar beberapa buah kenderaan melintas dihadapan kami.

"Sebelum terlupa, Saya Mikael RizQ. Panggil Mike." Dia menghulurkan tangan tanda sahabat. Namun aju menolak berjabat. Aku menyusun jari sepuluh didepan dadaku.

"Maaf, kita bukan mahram, berdosa bersentuhan. Namaku Bunga Dhia. Orang sekeliling panggil aku Dhia." Kataku.

"Kalau macam tu saya panggil awak dengan panggilan Bunga. Boleh?"

"Ermm." Aku menganggukkan kepalaku.

Jeff datang pada pukul 7.09 minit malam. Hari sudah gelap. Bengkel pun sudah tutup.

"Maaf Dhia, aku tak sengaja lambat. Tiba-tiba tadi ada kecemasan sikit kat block tempat saya tinggal. Kata Jeff.

"Takpe Bang. Hantar balik rumah je motor tu. Nanti Dhia ikhtiar caranya. Balasku dengan senyuman.

"Takpe, Jeff bawa balik ke Kem, saya hantar dia balik." Kata Mikael.

"Takpelah, memyusahkan je. Lagipun esok nak kesekolah takde kenderaan." Kataku jujur.

"Esok saya ambik awak." Kata mikael lagi.

" Eh takpe." Kataku lagi.

"Nak atau tinggal kat sini." Kata mikael.

"Ok fine!!" Balasku kesal.

Aku melihat, motorku dinaikkan kebelakang Jep tentera. Hatiku tak rela melihat RXZ kesayanganku dibawa pergi ke Kem.

Mikael menghantar aku pulang kerumah. Sunyi didalam kereta sesekali aku yang bersuara menunjukkan arah jalan kerumahku.